|
|
|
Jawatan Kosong
EKSEKUTIF UNDANG-UNDANG
Tanggungjawab
- Membuat deraf dokumen berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat
- Pembangunan produk.
- Menguruskan persoalan perundangan yang berkaitan dengan perkhidmatan syarikat.
- Menyediakan bantuan perundangan kepada kakitangan Jabatan Pemasaran dan ejen.
- Membantu pengurus dalam setiap operasi perniagaan.
Kelayakan
- · Keutamaan kepada calon lelaki.
- · Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (pengetahuan dalam undang-undang syariah adalah satu kelebihan)
- · Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris
- · Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan pengucapan awam
- · Berperwatakan menarik dan mampu berinteraksi dengan baik pada setiap peringkat.
- · Mampu bekerja sendiri tanpa pengawasan.
- · Mempunyai kemahiran dalam perkomputeran dan mahir dengan Microsoft words, Excel, PowerPoint dan/atau lain-lain produk dan perkhidmatan berkaitan IT.
- · Pengalaman bekerja dengan Syarikat Amanah atau pengalaman yang relevan adalah satu kelebihan.
EKSEKUTIF PEMASARAN
Tanggungjawab
- Bertanggungjawab dalam hal-hal pembangunan perniagaan dan pemasaran
- Merekrut, memajukan dan memberikan bantuan kepada ejen.
- Mengurus dan mengendalikan kursus latihan serta ceramah umum.
- Merancang, menyelaras dan menjalankan perancangan pemasaran.
- Bertanggungjawab kepada pembaharuan perniagaan.
Kelayakan
- Ijazah Sarjana Muda undang-undang atau syariah.
- Mempunyai kemahiran berkomunikasi dan pengucapan umum yang baik.
- Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris
- Berinisiatif, bermotivasi, dan bertanggungjawab.
- Berperwatakan menarik dan boleh bekerja secara berpasukan.
- Mahir dalam perkomputeran dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Mampu bekerja sendiri tanpa pengawasan
- Berpengalaman dalam bidang penjualan dan pemasaran adalah satu kelebihan.
- Mereka yang ada pengalaman bekerja adalah digalakkan memohon.
Sila emailkan resume anda ke general@as-salihin.com