Dari Meja Presiden/CEO

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
 
Selamat datang ke laman web kami !
 
Sempena dengan ulangtahun ke-15 penubuhan syarikat kami, saya berbesar hati untuk mengumumkan perkembangan terkini as-Salihin Trustee Berhad (As-Salihin). Saya percaya anda juga telah melihat beberapa perubahan ke atas usaha kami selama 15 tahun yang bertujuan untuk memberikan sokongan dan kerjasama yang terbaik kepada Perancang Harta Islam, Rakan Strategik dan masyarakat awam. 
 
Dalam memastikan pembangunan industri pengurusan harta pusaka umat Islam, sokongan anda amatlah dihargai. As-Salihin sentiasa komited dalam melaksanakan aktiviti dan program supaya dapat memberi pendedahan dan manfaat khususnya dalam perancangan harta Islam kepada masyarakat.
 
Sebagai sebuah syarikat amanah, As-Salihin berpegang kepada prinsip  kami iaitu nilai berintegrasi, bertanggungjawab dan saling hormat-menghormati.
 
Tahun 2019 pasti akan diwarnai oleh perkembangan terbaru seperti berikut:
 
• Pembukaan cawangan baru di Kota Bharu, Kelantan bagi memberi sokongan kepada IEP dan masyarakat di kawasan pantai Timur
• Pembukaan bangunan baru untuk tujuan latihan dan pejabat agensi di Kelana Jaya
• Penambahan bilangan kakitangan untuk Jabatan Undang-Undang dan Pengurusan Harta Pusaka.
 
Sejajar dengan perkembangan semasa yang menekankan kepada penggunaan ICT dalam urusan seharian, kami komited dengan menyediakan IEP portal bagi memudahkan dalam penyampaian perkhidmatan kami. 
 
Dalam memacukan langkah membawa as-Salihin untuk muncul sebagai syarikat pengurusan harta pusaka Islam yang terulung di Malaysia, kami juga mempunyai misi untuk menjadikan as-Salihin sebuah syarikat yang berdaya saing tinggi dan relevan setiap masa dalam mengendalikan harta pusaka umat Islam. 
 
Akhir kalam, adalah menjadi harapan saya agar kita mencipta kejayaan bersama as-Salihin pada tahun 2019 yang pastinya mencabar dan menarik dengan perkembangan terbaru ini. 
 
Sila layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang mendatang!
 
 
 

Yang benar,
Abdul Aziz Peru Mohamed
Presiden/CEO
April 2019